Selasa, 22 September 2015

SAH Pakatan pembangkang baharu dibentuk hari ini TANPA PAS



BANGI, Selasa – Pakatan pembangkang baharu telah dibentuk hari ini sekaligus pakatan rakyat (PR) telah tidak berfungsi seperti sebelum ini.
Pakatan yang dinamakan Pakatan Harapan dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah.
Perkara ini diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika sidang media selepas mengadakan sidang meja bulat di Subang Jaya hari ini.
PAS yang turut dijemput menghadiri sidang meja bulat itu bagaimanapun tidak hadir dan tidak disebut sebagai anggota Pakatan Harapan.
Dalam sidang media itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengumumkan sekiranya pakatan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14, suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa parti itu tidak akan menyertai pakatan baharu kerana tidak mahu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.

Tiada ulasan: