Sabtu, 12 September 2015

Hisap Rokok Elektronik atau Hisap Vape di Malaysia Fatwa Haram. Apa Kata Respon Anda?

hisap vape malaysia


Hisap Rokok Elektronik atau Hisap Vape di Malaysia Fatwa Haram. Apa Kata Respon Anda?
Gejala hisap rokok elektronik atau hisap vape di Malaysia terus mendapat liputan media hari ini apabila pendapat pakar-pakar dikemukan di media arus perdana selepas melihatkan trend hisap rokok elektronik atau hisap vape semakin menjadi-jadi.
Bukan sahaja golongan yang berhasrat berhenti merokok bahkan kalangan gadis serta budak-budak sekolah pun tidak terlepas peluang apa yang dipanggil golongan muda sebagai trend masa kini. Ada gaya katanya….
Akhirnya, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mencapai kata sepakat bagi menyuarakan pendapat mereka melihatkan gejala hisap rokok elektronik atau hisap vape hari ini apabila fatwa yang mereka keluarkan ianya adalah haram. Sekali lagi haram…

Punca Fatwa Hisap Rokok Elektronik atau Hisap Vape Haram?

  • Hukum hisap shisha adalah haram sebelum ini
  • Begitu juga hisap rokok elektronik atau hisap vape juga adalah haram
  • Memudaratkan
  • Membazir
Itu kata Tokoh Agama Melalui Majlis Fatwa Kebangsaan, ini pula kenyataan pakar kesihatan….
  1. Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
  2. Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
  3. Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
  4. Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
  5. American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun
American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun
Apa respon balas penggemar yang suka hisap rokok elektronik atau hisap vape?
P/S : Nasihat Berita Semasa jikalau hisap ditempat awam, usahlah dihembuskan berkepul-kepul asap ke arah orang di sekeliling sehingga mengganggu mereka. Hormati perasaan orang lain. Insyaallah.

Tiada ulasan: