Khamis, 31 Mei 2012

Aset Azmin, Shamsidar RM30j?

            Sehari selepas Raja Petra Kamarudin mendedahkan mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin Ali, semalam seorang lagi tampil membuat pendedahan berkaitan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Azmin serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM30 juta. Dokumen asal berbentuk salinan pembelian saham, deposit bank, resit bayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

           Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitshu, siasatan semula terhadap kes Azmin sememangnya sedang dijalankan oleh suruhanjaya itu berdasarkan maklumat tambahan yang pernah dibuat oleh Anuar Shaari pada tahun 2009. Kekayaan pasangan Suami Isteri adalah mustahil diperoleh kerana gaji Azmin sebagai setiausaha sulit Anwar adalah sekitar RM 3,000 manakala Shamsidar hanya suri rumah.

           Tiga individu perlu tampil jawab dengan aset yang dimiliki oleh Azmin Ali. Dakwaan dari Raja Petra adalah serius kerana ia membabitkan soal salah guna kuasa oleh seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Perkara ini sebenarnya sudah lama untuk menyatakan. SPRM akan siasat kes Azmin yang dahulu yang ditutup kes oleh Anwar Ibrahim. Yang dibuka kembali oleh Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

Rabu, 30 Mei 2012

Nizar tuduh Sultan Johor

                Tuduhan dari bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Polis negeri Johor akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan dari Nizar Jamaluddin. Kata Nizar Jamaluddin menerusi akaun Twitter miliknya mengeluarkan komen, Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

               Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff Berkata, sehingga petang ini pihaknya telah menerima lapan laporan berhubung kenyataan pemimpin Pas Perak itu dan siasatan mengenainya akan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948. Pihak Polis akan meneliti dan melengkapkan kertas siasatan terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya. Ketua Polis Johor berharap semua pihak dapat menghormati undang-undang negara dan tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas.

               Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menganggap Nizar Jamaluddin sebagai seorang yang biadab dan kurang ajar terhadap baginda Sultan Johor. Tindakannya ibarat menghasut rakyat untuk mencemar kesucian institusi diraja keseluruhannya.

             20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar raya Johor turut membuat laporan di balai berhubung isu berkenaan. Antara NGO yang turut serta adalah Persatuan Pesara Kerajaan; Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa; Kelab Rakan Muda dan Persatuan Sahabat yang turut membawa sepanduk mendesak mana-mana pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap kenyataan biadab Nizar Jamaluddin.