Sabtu, 1 Disember 2012

Perjuangan UMNO

Perjuangan UMNO


1. Pemimpin

     Pemimpin hari ini adalah pemimpin masa depan untuk menjana ekonomi rakyat. Pemimpin hari ini adalah pemimpin yang celik luar dan dalam. Jangan mudah tumbang dengan memikiran luar untuk menjahanamkan Negara Malaysia. Kita perlu sedar dan perlu fikir. Apa yang kita ingin dan mahukan untuk menjana masa depan. Jangan kita mudah tertipu dengan kata-kata dan janji-janji yang tidak mudah diberi. Selama ini siapa yang membantu kita. KERAJAAN juga. Fikirlah secara logik. budi-budi UMNO amat berjasa pada rakyat dari dahulu lagi. Pada zaman sekarang marilah kita pertingkat untuk masa depan seterusnya.

2. Maruah agama, bangsa dan Negara

      Kita jangan mudah dirasuk untuk membenci sesama manusia. Setiap manusia mesti membuat silap. Kita patut menegur salah dan silapnya. Jangan mudah membenci. Tuhan tidak suka perlakuan segitu. Patutkah kita dimaki dan dicaci sesama agama. Apa kata agama lain, mesti mereka kata macam ini layanan agama mereka? Negara kita negara yang aman. Tiada dari pihak luar untuk menghuru-harakan dengan kita dan hendak menjatuhkan nama baik Malaysia di seantero dunia. Patutkah dia dijadikan Pemimpin kita. Sampai macam itu sekali. Hina sangatkah Malaysia ini. Tidak boleh menjadi PM pun terima seandainya. Jangan sampai nak menjatuhkan Negara.

3. Pilihan Raya ke13

      Inilah masa kita untuk menentukan perjalanan seterusnya. Rakyat patut tahu dan patut pilih yang mana boleh membantu mereka untuk memberi kesenangan, menjamin mutu Negara terjamin. Tiada tipu daya dan rasuah terus melanda. Kerana hak rakyat tergadai dan maruah habis hancur. PRU13 inilah masa kita untuk memilih yang berhak untuk menjadi Pemimpin kita. UMNO lah yang patut buktikan pada semua rakyat yang tulus semua janji-janji yang dikotakan adalah benar. Pilihlah UMNO untuk masa dengan rakyat terjamin selamanya.