Khamis, 17 September 2015

[OH MAT SABU] Logo Parti Amanah Rakyat TIRU Logo Al Sarwar Electronics Department di Bangladesh atau Logo Stesyen TV India?



Dari Putumayam Ke Imayam (I Am Ayam) - Satu Evolusi Inklusif Yang Progresif!
Saya tengah terfikir hendak sarapan apa pagi ini sambil melayari Facebook. Tiba-tiba terpacul di newsfeed saya tentang satu posting yang menarik perhatian. Apabila di google untuk kesahihan, saya amat terpegun sekali!
Ehh … takkan lah sebuah parti politik baru yang begitu ramai tenaga professional dari pelbagai bidang hanya mampu setakat hasilkan logo parti yang begitu mediocre dan bertaraf amatur sahaja!
Logo ini rekacipta ke atau rekaciplak?
Berapa puluh ribu korang bayar kepada designer logo ini?
Ke antum pilih dari submission pertandingan mencipta logo parti?
Tapi saya tidak akan terkejut kalau mendapat respon dan komen balasan seperti berikut:
Alah, itu logo saja, bukan apa-apa pun. Yang penting mesej perjuangan dan agenda parti!
Kalau itulah jawapannya, saya tepuk dahilah. Apa istimewanya mesej perjuangan dan agenda parti kalau dari awal lagi sudah pincang perjalanannya, tidak jujur pada parti terdahulu malah begitu terdesak untuk menonjolkan diri dengan data puluhan ribu keahlian “segera”? MORE>>

Tiada ulasan: