Selasa, 11 Ogos 2015

[U-TURN SETELAH DIASAK][TERKINI] Pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke JPM DIBATALKAN


Kedua-dua pegawai, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin (foto) dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob memulakan tugas hari ini kira-kira pukul 10 pagi. -Gambar fail


KUALA LUMPUR: Arahan pemindahan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lepas telah dibatalkan, menurut sumber yang memberitahu Astro AWANI.

Kedua-dua pegawai berkenaan, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob memulakan tugas hari ini kira-kira pukul 10 pagi.

Kehadiran mereka telah diberi sambutan luar biasa oleh kakitangan SPRM, kata sumber itu.

BACA : [SELEPAS 2 MENTERI SANGGAH PM & TPM] Jangan ganggu siasatan SPRM - Datuk Akhbar Satar, Presiden Transparency PULA

BACA : [SELEPAS 2 MENTERI SANGGAH PM & TPM] TIMBALAN MENTERI PERTANIAN pula kata TUKAR Pegawai SPRM TIDAK WAJAR

BACA : (NAJIB PASTI MEMERHATI) KJ tidak Gentar DISINGKIRKAN dari Kabinet Najib kerana BELA SPRM

BACA : (MENYANGGAH TPM ZAHID) MENTERI JPM, Datuk Low TIDAK SETUJU pegawai SPRM ditukar

Bahri adalah antara tokoh yang terlibat dalam penyiasatan ke atas akaun-akaun milik SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau juga lantang bersuara berhubung penangkapan beberapa pegawai kanan SPRM sejak minggu lepas.

Surat daripada JPA dilaporkan menyebut bahawa kedua-dua mereka dipindahkan atas 'masalah disiplin'.

Namun, setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan banyak pihak termasuk Menteri, perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

Ali berkata beliau telah bertemu sendiri denagn Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.

“Kedua-dua pegawai telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.

Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasata pada 10 Ogos 2015 (hari ini),” katanya. 

Tiada ulasan: