Ahad, 30 Ogos 2015

Bersih 4.0 yg jijik dan kotor!



Polis Kuala Lumpur sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH 4.0 merupakan sebuah perhimpunan haram dan menyanggah kenyataan Marina Chin Abdullah bahawa himpunan tersebut dibenarkan jika mereka berhimpun di lokasi yang sesuai.

Parti DAP pula ketika sidang akhbar menyatakan bahawa BERSIH 4.0 bukanlah merupakan agenda mana-mana parti politik sebaliknya ia adalah agenda rakyat.

Dan tiada mana-mana parti politik menjadi dalangnya meski pun ketika sidang akhbar tersebut para pemimpin DAP memakai baju BERSIH.4.0.
Sementara itu Gerakan Harapan Baru mengerahkan pimpinan, ahli dan penyokong mereka turun menyertai himpunan BERSIH 4.0.

Antara lain tuntutan BERSIH 4.0 adalah untuk sebuah pilihanraya yang adil dan bersih di mana selama ini mereka GAGAL menyatakan sebarang bantahan melalui petisyen pilihanraya dan mengemukakan sebarang bukti ke mahkamah pilihanraya untuk membatalkan Pilihanraya Umum ke 13 mengikut lunas undang-undang. Akhirnya demi menutup kegagalan mereka, maka jalan raya adalah pilihan terbaik. MORE>>

Tiada ulasan: