Selasa, 11 Ogos 2015

[PENJELASAN GAMBAR FITNAH NAJIB & ROSMAH] "Hanya Rosmah Satu-Satunya Isteri Pemimpin Yang Hadir di Singapura", "Sultan Johor MURKA dengan Najib"




FITNAH:

1. Hanya Rosmah satu-satunya isteri pemimpin yang hadir sambutan kemerdekaan Singapura.

2. Rosmah berjalan mendahului Najib.

3. Sultan Johor memalingkan muka apabila berada berhampiran Najib kerana enggan bersua muka.

PENJELASAN:

Sejak semalam hingga hari ini tersebar gambar PM Najib Razak dan isteri di Singapura beserta bermacam fitnah dan kata-kata penghinaan yang dilemparkan. Berikut adalah penerangan dan fakta sebenar di sebalik gambar-gambar tersebut:

1. Isteri PM, Rosmah Mansor berjalan di hadapan PM Najib Razak, cuba tengok susunan tempat duduk macam dalam panggung wayang. Sesiapa yang tempat duduknya berada di dalam, dia kena masuk dulu. Tempat duduk dan kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura, kita ni tetamu ikut sajalah.

2. Rosmah satu-satunya Isteri Ketua Negara yang hadir? Anda tengoklah sendiri gambar Utusan Malaysia hari ni. Isteri Naib Presiden Indonesia ada, Vietnam dan New Zealand pun hadir, daripada 8 Ketua Negara/Wakil yang hadir, 4 bawa pasangan masing-masing. Malah isteri PM Singapura pun hadir.



Tiada ulasan: