Ahad, 30 Ogos 2015

Luahan ikhlas orang muda mengenai halatuju demonstrasi ‪#‎BERSIH4‬

Kau akan sertai Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015 nanti?

Aku tak nampak ada faedahnya kali ini. Bersih dulu relevan kerana mereka ingin memperbaiki sistem pilihanraya dan mereka berjaya.

Kejayaan menang undi popular dalam PRU tempohari adalah sesuatu yang amat membanggakan walaupun itu hanyalah kejayaan saguhati. Macam menang friendly match bola.
Selepas last time aku sertai Bersih di mana buat pertama kalinya kita dapat berkumpul dalam StadiumMerdeka siap polis tolong jagakan kawasan, aku ada rasa sedikit gembira. "Ini yang kita mahu, ini yang aku mahu ." Fikir aku waktu tu la. Aku ingatkan itu titik perubahan. Aku silap. Kita semua silap.

Selepas beberapa tahun berlalu, aku tertanya-tanya dengan diri aku sendiri "apa sebenarnya tujuan Bersih 4.0 ni?" Kalau kau semak balik ;

Lima tuntutan Bersih 4.0:
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara 


Tiada ulasan: