Ahad, 30 Ogos 2015

MB Selangor Terus Membisu Berhubung Skandal DEIG

Azmin Ali Skandal DEIG


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terus 'mengunci mulut' berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini, Mohamed Azmin berkata maklumat mengenai entiti itu telah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

 "Saya telah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas.

Pada persidangan DUN itu, Mohamed Azmin berkata, DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata, entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri.

"MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat," katanya.

Mohamed Azmin, bagaimanapun, berkata DEIG yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi, malah tidak terbabit dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016. MORE>>

Tiada ulasan: