Jumaat, 12 September 2014

(UPSR BOCOR) Pengarah Lembaga Peperiksaan DIGANTUNG tugas





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak ekoran kebocoran kertas ujian Sains dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan  turut mengumumkan penggantungan tugas Timbalan Pengarah Operasinya Dr Wan Ilias Wan Salleh, laporBernama.

Penggantungan kedua-dua pegawai lembaga itu berkuatkuasa serta-merta.

Agensi berita itu menyebut, Muhyiddin berkata Dr Naimah perlu bertanggungjawab atas kejadian itu kerana ia menjejaskan integriti kementerian dan peperiksaan awam.

Selain itu Pihak berkuasa dikatakan sudah mengenal pasti beberapa individu yang bertanggungjawab dan empat lokasi 'hotspots' yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan bahawa polis dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) juga sudah mengenalpasti beberapa lokasi kebocoran itu berlaku.

“Saya telah dimaklumkan bahawa pasukan penyiasat telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab membocorkan kertas-kertas peperiksaan tersebut.

“Individu tidak bertanggungjawab ini telah mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan mereka sendiri.

Hukuman yang paling berat harus dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan media di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada Jumaat.

Menurut Idris, hampir sejuta ibu bapa telah terjejas akibat pembocoran kertas-kertas soalan tersebut.

Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September keranadidapati bocor.

Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan (LP) yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

Tiada ulasan: