Selasa, 9 September 2014

(ANWARINAS) Nak Tubuhkan Parti Baru, Silakan - Presiden PAS, TG Abdul Hadi



MARANG:Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.

"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.- HARAKAHDAILY 6/9/2014



SEBELUM INI TRRSEBAR CARTA ORGANISASI PASMA YANG DITUBUHKAN OLEH KELOMPOK PARASIT ANWARINAS DALAM PAS YANG ANTI PERPADUAN DENGAN UMNO:

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma : Yb Dato' Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png) (disayangi Kristian )

Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel) (disayangi Kristian )

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :

Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png) .....turun pangkat agaknya����
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :

Rahman Talib 
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.

Tiada ulasan: