Rabu, 24 Jun 2015

[SENANGNYA BUAT DUIT] Nombor plat ‘Patriot 1’ dibida RM1 juta demi promosi kesederhanaan





Nombor plat "Patriot 1" yang disebut-sebut sebagai nombor plat kenderaan paling mahal di Malaysia menerima 5 bidaan bermula daripada RM1 juta, lapor akhbar The Star hari ini.

Lelongan harga itu bermula 1 Jun dan pemenangnya akan diketahui 30 Jun ini.Semua pembida dilaporkan membayar wang pendahuluan sebanyak 20% untuk nombor itu.

Semua wang kutipan hasil lelongan ini dipercayai tidak akan menjadi hasil kerajaan sebaliknya diperolehi oleh pihak yang berkenaan.

Nombor plat eksklusif itu ditawarkan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) sebagai sebahagian usahanya meraih dana mempromosi kesederhanaan.

The Star melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju nombor pendaftaran istimewa itu diberikan khusus kepada yayasan berkenaan.

"Pengarah projek khas YPN berkata JPJ memberi kebenaran kepada organisasi itu untuk melelong nombor Patriot 1 sehingga Patriot 9999.

"Satu surat kuasa akan diberi kepada pembeli yang perlu membawanya ke JPJ Wangsa Maju untuk pendaftaran," kata laporan itu.

YPN ditubuhkan pada April 2013 bertujuan mempromosi program yang menggalakkan perpaduan kaum dan patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Ia dipimpin pesara kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan menggalakkan keharmonian negara.

– 24 Jun, 2015

Tiada ulasan: