Ahad, 21 Disember 2014

(TAKZIAH PR)(BABI TETAP BABI) Selangor TETAP teruskan LADANG BABI, bila KAFIR DAP Berkuasa, Melayu PR Hanya Boneka





PUCHONG - Kerajaan negeri akan tetap meneruskan projek penternakan khinzir moden di Kuala Langat biarpun banyak pihak tidak bersetuju.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, bantahan adalah adat biasa dalam sesuatu pembangunan bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima pandangan .

“Mana-mana isu pembangunan mesti akan ada bantahan. Tapi kita akan mendengar dan mendekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya ketika sidang media pada Majlis Penyampaian Hak Milik.

Pemilik Bangunan Perniagaan Lestari dan Penyerahan Notis 5A di Taman SubangPermai, semalam.
Azmin menyifatkan isu berkenaan bukan masalah besar kerana pelaksanaannya menggunakan teknologi khusus bagi mengatasi masalah pencemaran di situ.

“Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita hormati pandangan rakyat.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat dan faktir kebersihan,” katanya.

Sebelum ini, projek penternakan khinzir itu mendapat tentangan pelbagai pihak, penduduk Melayu dan Perkasa.

Difahamkan projek penternakan khinzir moden memasuki fasa baharu apabila ia dibentangkan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini.

Tiada ulasan: