Isnin, 22 Jun 2015

[FAKTA] BUMIPUTERA TERPINGGIR: Bumiputera hanya Miliki 8% Syarikat Besar, Hanya 25% Dari Jumlah Hartanah Negara, 70% Menganggur Adalah Bumiputera



Beberapa statistik hasil daripada meja bulat Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).
-82% pekerja tanpa pendidikan tinggi adalah kaum Bumiputera.

-70% graduan menggangur adalah kaum Bumiputera.

-Bumiputera hanya menjawat 8% dari jawatan pentadbiran di dalam sektor swasta.

- 3/4 Bumiputera dalam pekerjaan buruh adalah separuh mahir (65%) atau tidak mahir (9%).

-26% isi-rumah Bumiputera berpendapatan lebih kurang RM2,000 sebulan, di bandingkan dengan kaum Cina 14% dan India 20%.

-Pendapatan purata isi rumah Bumiputra ialah RM4,457 (Cina RM6,366 dan India RM5,233).

-Bumiputera hanya memiliki 8% syarikat besar di Malaysia.

-48.4% dari setiap 10,000 pemuda muflis pada tahun 2012 adalah Melayu.

-Bumiputera hanya memiliki 25% dari jumlah nilai kesemua hartanah dalam negara.
Bangsa Melayu ketika ini berhadapan dengan satu bentuk ancaman yang bakal mengubah destini bangsa ini jika mereka tidak cermat menguruskan kehendak serta matlamat hala tuju seluruh bangsa Melayu dan ia akan mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada generasi baru 50 tahun akan datang. Lipatan sejarah berulang-ulang kali cuba memberi pelajaran kepada bangsa Melayu bahwa jika mereka tidak bangun, sedar dan berubah maka sentiasa nasib bangsa ini akan menjadi seperti mana tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan lipatan sejarah ini tidak pernah sekalipun tersilap dimana jika Melayu berpecah, maka mereka akan ditindas.
Dengan situasi politik yang memperlihatkan drama kepimpinan yang sangat membimbangkan, cerdik pandai Melayu dan orang-orang tua (the elders) perlu segera tampil ke hadapan dan memberikan kesedaran kepada bangsa Melayu bahwa tanda-tanda kehancuran bangsa ini sudah memperlihatkan ekornya pada hari ini. Apabila orang-orang bukan Melayu diajar oleh orang-orang Melayu untuk mempertikaikan kewibawaan ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja Melayu, mempertikai serta mempersendakan anutan serta agama bangsa Melayu iaitu agama Islam, maka inilah tanda-tanda kehancuran bangsa Melayu sekali lagi tampil mengancam survival orang-orang Melayu di masa hadapan.
Politik kebencian yang diamalkan puak-puak pembangkang telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah belah. Malahan kepimpinan Melayu dalam parti-parti pembangkang turut berpecah belah apabila kepimpinan pembangkang tidak dapat mengawal percaturan politik yang memperjudikan bangsa dan agama semata-mata untuk mendapatkan semua sokongan politik dari semua pihak yang mereka rasa dapat membantu mereka merampas Putrajaya. 

Apabila bangsa Melayu berpecah maka  anasir –anasir luar akan berjaya merampas kuasa dan bangsa Melayu akan sekali lagi tertindas dan menjadi orang suruhan di  Tanah Melayu. Belajarlah dari apa yang berlaku di Singapura. Orang-orang Melayu dalam pakatan pembangkang kini mengajar puak-puak bukan Melayu agar mempertikaikan segala hak-hak milik Melayu demi meruntuhkan formula muafakat Barisan Nasional. Politik songsang ini jika dibiarkan berleluasa maka akan ada anasir-anasir luar yang dengan berani mempertikaikan hak-hak ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja, bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya Islam sebagai agama rasmi. 

Bangsa Melayu harus sedar dengan jelas mana intan dan mana permata. Jangan kerana idealism politik romantika yang berasaskan fitnah dan kebencian dijadikan asas, maka segala bakti dan budi UMNO yang telah banyak membantu ramai orang-orang Melayu untuk bangun dan berjaya dalam hidup dipersiakan begitu sahaja dan dibalas dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Melayu Islam yang dengan jayanya memartabatkan bangsa Melayu di bumi Allah yang penuh barkah ini. 

Tukarlah pemimpin jika mereka telah membuat kerosakan tetapi jangan menghancurkan UMNO yang telah banyak berjasa kepada Melayu. Jatuhkan pemimpin yang korup, rasuah dan bersekongkol dengan agenda Barat yang ingin menghancurkan Islam di rantau ini. Akar umbi UMNO harus bertindak.

Marilah sama-sama kita renung lirik lagu warisan, anak kecil main api. Ramalan lirik lagu warisan bakal menjadi kenyataan dan bangsa Melayu akan sekali lagi ditindas dan menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu di bumi mereka sendiri. Bangun dan sedarlah wahai bangsaku. 

Tiada ulasan: