Ahad, 18 Januari 2015

Ku Nan dapat pujian DAP isu kuil di Putrajaya (BELAKANGKAN ISLAM PASTI DISANJUNG DAP KAFIR)




Jarang-jarang berlaku, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dipuji pemimpin DAP sebagai contoh teladan untuk menteri kabinet lain.

Ini berlaku selepas Tengku Adnan menyelar NGO pejuang Melayu iaitu PERKASA kerana mempersoal pembinaan kuil Sri Lalithambikai Alayam Hindu di Putrajaya.

“Kritikan Tengku Adnan pada PERKASA kena pada masanya, dialu-alukan dan layak mendapat pujian dan sokongan rakyat Malaysia,” kata anggota Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.



“Diharapkan lebih ramai menteri-menteri Muslim tampil menegur PERKASA untuk menghatar mesej kuat dan jelas bahawa ketaksuban agama tiada tempat di negara pelbagai bangsa dan agama.”

Kecelakaan perangai DAP kafir harbi amat jelas bersandiwara. Semasa si celaka Eric Paulsen menghina Islam mereka tidak menyelar malah bersama-sama turut menghentam Islam. Begitu juga dalam mana-mana kes menghina Islam, DAP Kafir harbi akan turut sama.

Pemuda PERKASA pada 14 Januari menolak pembinaan kuil Hindu di Presint 20, Putrajaya kerana “agak tidak sesuai” di kawasan majoriti Melayu.

PERKASA bukan persoal semata-mata berkenaan pembinaan kuil. Tidak salah bina kuil untuk penganut hindu.

Tetapi isunya ialah ketidaksesuaian berdasarkan keutamaan. 

Kuil untuk 10 ribu orang dibuat di kawasan yang mempunyai 700-800 orang penganut Hindu dan di kawasan majoriti Islam.

Bukankah lebih molek jika kuil tersebut dibina di kawasan yang majoritinya penganut Hindu seperti di Banting.


Tengku Adnan, yang juga anggota parlimen Putrajaya, bagaimanapun semalam menyelar PERKASA yang menurutnya “membuat bising” dan “menghasut” kerana langkah itu tidak akan membuatkan seluruh Putrajaya jadi Hindu.
- Malaysiakini  

Tiada ulasan: