Kartun kontroversi itu disiar menggunakan perkataan Je suis Charlie sebagai mengejek tindakan dua penyerang menyerang pejabat akhbar itu kerana membalas dendam terhadap perbuatan syarikat akhbar itu sebelum ini yang menghina Nabi Muhammad.
Malah Charlie Hebdo dilihat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih dengan mencetak sebanyak tiga juta naskah iaitu lebih tujuh kali ganda edaran akhbar itu semalam, berbanding 60,000 naskah sebelum ini, selepas berjuta-juta penduduk meluahkan rasa simpati terhadap tragedi pada 7 Januari lalu itu,
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Jean-Yves Le Drian mengumumkan sebanyak 10,000 askar telah dikerah bagi meningkatkan tahap keselamatan di negara ini termasuk di sekolah penganut Yahudi untuk mengelakkan kejadian di Charlie Hebdo berulang.