Sabtu, 3 Januari 2015

NGEH DAN NGA: SUKA HATI KAMILAH GONDOL HUTAN KELANTAN, BISNES MA... HUSAM KAWAN BISNES MA..



Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.
“Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.
“Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.
“DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dedah BBCD.
Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk “Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit.”
Datuk Hamidah Osman, ketika itu Exco Kerajaan Perak berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
“Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi.”
Kor Ming enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.
Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.
Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.


Menurut blog topeng rakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.
Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.
Blog sungguhka mendedahkan asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk ‘Projek Ladang Rakyat’
“Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.
“Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.
“Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.
“Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar di kalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.
“Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama “Belanda dapat tanah”, hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja,’ dedah blog itu.
Kesan Kegagalan Projek Husam Di Kelantan…

Tiada ulasan: