Sabtu, 17 Januari 2015

JOLOKAN PENANG FIRST LADY: Bag Tangan Isteri Lim Guan Eng Berharga RM5,000


Beberapa hari yang lepas telah tersebar di media sosial tentang kemewahan berbelanja isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sekeping gambar menunjukkan  isteri Lim Guan Eng membawa bag tangan berjenama Gucci di suatu majlis.


Gucci

Bag tangan berjenama Gucci jenis Bamboo handle shoulder itu dikatakan berharga RM5,000.

Sungguhpun harga RM5,000 masih dianggap rendah dan mampu dimiliki oleh ramai wanita, tetapi bagi seorang isteri kepada Ketua Menteri yang zuhud adalah amat tidak patut.

Suatu ketika dahulu, Lim Guan Eng  amat disanjung oleh penyokong Pas kerana dikatakan zuhud dan adil memerintah
.



Puak Pas amat tidak bertanggungjawab dan melampau apabila sanggup menyamakan keperibadian Khalifah Umar dengan kafir harbi Lim Guan Eng.

Khalifah Umar mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al Khatab.Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat.

Tak Boleh Ganggu Isteri Guan Eng, Ganggu Isteri Najib Tak Apa?


Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi amaran kepada mereka yang kononnya “menyerang” isteri beliau Betty Chew. Tahu pulak beliau melenting. Kononnya isteri beliau menjadi sasaran mereka yang mahu “menyerang” Ketua Menteri tersebut.
betty-chew-isteri-dap-rasis-lim-guan-eng-kroni-kronisme
Betty Chew telah dicalonkan oleh the Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) untuk duduk di kerusi Property Development, Construction And Management Committee yang baru ditubuhkan. Memandangkan tindakan ini akan menimbulkan “conflicts of interest” maka ianya telah dikritik oleh banyak pihak.
Perkara ini telah mengundang kemarahan Lim Guan Eng. Rupa-rupanya isteri Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak boleh dikritik. Rosmah dan Permaisuri Agung pun kalah dengan Betty Chew rupanya.
Rakyat Pulau Pinang boleh lihat , Lim Guan Eng seolah-olah mengamalkan kronisme yang amat kronik. Beliau juga seolah-olah mahu menguasai Pulau Pinang 100%. Lim Guan Eng juga merupakan Ketua “The State Planning Committee” yang bertanggungjawab urusan tanah di Pulau Pinang.
Dengan jawatan yang ditawarkan kepada isteri beliau akan mengundang “penyalahgunaan kuasa” atas kepentingan peribadi. Namun Lim Guan Eng melarang semua pihak membangkitkan perkara ini. Walaubagaimana pun Betty telak menolak tawaran tersebut. - Umno online

Tiada ulasan: