Khamis, 9 Julai 2015

Putrajaya beri amaran sebar berita palsu 1MDB boleh masuk penjara



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak didapati menyebarkan berita palsu mengenai siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam posting di Facebook hari ini, SKMM berkata, adalah menjadi satu kesalahan berkongsi atau menyebarkan berita yang mengandungi maklumat palsu mengenai 1MDB mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar yang diubahsuai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas 1MDB menerusi laman sosial termasuk aplikasi Whatsapp," kata SKMM di laman Facebook rasminya. More>>

Tiada ulasan: