Ahad, 12 Julai 2015

LOW YAT: Semua Tahu ada ORI, AP, RECOND, KLON & UNDERWATER Kecuali Penguatkuasa KPDNKK



INSIDEN pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.
Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.
Tinjuan Sinar Online di Facebook rakan-rakan kami juga mendapati ia menjadi trending ‎dan perbualan, malah ada yang meluahkan pernah terkena kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.
‎Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.
“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.
“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.
Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.
“Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, ... berapa anggaran harga,” tulisnya di laman mikro Twitter.
Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.
Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.

Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.
Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.


PELBAGAI JENIS DIJUAL DI LOW YAT DAN KPDNKK "TAK TAHU"

1 - Set Original /Tulen
  • Dikenali sebagai 'Approve Manufacture Set' ; bermaksud Set yg diperakukan oleh pengeluar. Ejen ini telah disahkan dan dilantik oleh pengeluar.
  • Harga jualan telah ditetapkan untuk ejen, tidak boleh dinaikkan sesuka hati.
  • Ejen boleh menjadi perantara antara pelanggan dengan pengedar, pengguna boleh membuat tuntutan pada mana2 cawangan agen diseluruh Malaysia.
  • Tempoh Jaminan Warranty ditentukan oleh pengeluar bukan ejen yg dilantik
  • Perisian dan sistem operasi yg digunakan mengikut negara dan wilayah. 
  • Jaminan pengeluar biasanya 1 tahun untuk peranti utama, 6 bulan bagi akessori termasuk batteri. Terdapat ejen yg  menyediakan tempoh jaminan  extended warranty
  • Aksessori penuh dan tulen sepenuhnya seperti diiklankan

2 - Set AP (Berjenama/Import)
  • Dikenali sebagai 'Approve Products' ; ia juga set yg diperakukan asli oleh pengeluartetapi tidak dilantik  sebagai ejen oleh pengeluar,
  • Diedar oleh penjual yg  mengimport sendiri, dan mereka tidak diiktiraf oleh cawangan pengeluar,
  • Peranti dibawa masuk dari negara jiran seperti Singapura, mungkin mempunyai jaminan pengilang dinegara yg dibeli. Contoh; Beli set Original di Singapura, dibawa masuk tanpa/dengan pengesahan SIRIM, dijual semula sebagai  set AP (kerana tuntutan jaminan tidak sah di Malaysia)
  • Adakalanya  mempunyai logo telco seperti SingTel, TIM, Verizon, TMobile 
  • Berkemungkinan set Refurbished / Recond , ...maklumat lanjut teruskan membaca dibawah,
  • Harga yg dijual berubah2 dan lebih murah dari set tulen, penetapan harga bergantung kepada penjual.
  • Penjual pula menentukan tempoh jaminan Warranty. (contoh ; jaminan diluar negara  2 tahun tapi di Malaysia hanya setahun, pengedar yakin dan meletakkan tempoh jaminan sama dengan negara yg diimport)
  • Untuk membuat tuntutan jaminan, ia mesti dipulangkan dikedai yg dibeli (contohnya di Low Yat) sahaja, masa menunggu lama sedikit
  • Jika di Low Yat, kemungkinan aksesori tulen telah diambil oleh penjual dan dijual berasingan kemudian ditukarkan kepada aksesori tiruan. Kemungkinan pembeli set AP telah mendapat aksesori tiruan.

3 - Set AP Klon 

  • Set jualan ini ialah yg paling banyak dijual dipasaran termasuk Low Yat, mendakwa Set AP sebaliknya menggunakan telefon klon atau palsu bagi mengaburi pembeli yg mahukan set AP berjenama
  • Peranti yg dijual bukan AP berjenama, menggunakan terma seperti klon, replicalookalike.. 
  • Harga jauh lebih murah , tetapi ada yg berniat jahat meletakkan harga yg tinggi seolah2 model  yg dijual adalah tulen
  • Penjanjian jual beli sama seperti set jualan AP, pulang di kedai yg dibeli jika rosak
  • Tempoh jaminan mungkin pendek,
  • Semasa membuat tuntutan jaminan, peranti dihantar semula ke pengeluar,masa menunggu  lebih lama jika dihantar semula ke kilang di luar negara kerana ketiadaan peralatan & komponen alat ganti

4 - Set Recondition / Refurbish
  • Set yg pernah dijual , dipulangkan kepada pusat servis, dan dijual semula dengan separuh harga.
  • Mempunyai label pengeluar Recond / Refurbished set pada kotak
  • Mungkin pernah dibaiki (repaired) dipasangkan semula badan yg baru untuk meyakinkan pembeli
  • Mempunyai tempoh jaminan pendek atau tiada jaminan langsung.
  • Hanya dijual oleh ejen dilantik, jika tidak ia diletakkan di kumpulan Set AP

5 - Set Underwater 
  • Jika set original ia dibeli oleh pelajar atau pelancong dari luar negara, dibawa masuk sebagai aset persendiriran dan dijual semula
  • Jika ada jaminan yg masih boleh dituntut pembeli perlu menghantar keluar negara
  • Kemungkinan barangan rampasan, atau peranti tulen yg dicuri dinegara lain, walaubagaimanapun ini sukar dipastikan
  • Ia mungkin set jualan pelepasan bawah meja (rasuah) atau yg diseludup tanpa pelepasan dan kebenaran rasmi Kastam dan SIRIM
  • Risiko set klon, tiruan dan palsu sangat tinggi
  • Tiada jaminan, sebarang kerosakan adalah tanggungan sendiri atau penjual (itu pun jika ada jaminan)

Tiada ulasan: