Sabtu, 16 Mei 2015

(10 GAMBAR) TERKINI MERUSUH: Stadium Terengganu DIBAKAR Penyokong Bola Sepak Sebentar Tadi




KUALA LUMPUR: Penyingkiran Terengganu di separuh akhir Piala FA kepada Lions XII, malam tadi mencetus kekecohan di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu selepas ratusan penyokong merusuh sejurus berakhir perlawanan. 

Sekalipun menang 3-2, Terengganu gagal layak ke final selepas kedudukan agregat 4-4 memihak Lions XII menerusi kelebihan gol di tempat lawan. 

Kekecohan dikatakan tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringk, I 'an di minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak mula digunakan semula pada Mei 2015 selepas segala proses pembaikian dan penyelenggaraan dijalankan akibat runtuhan bumbung stadium sebelum ini.

Stadium ini dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan AgongTuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. 

Malangnya pada 2 Jun 2009, bumbung utama stadium ini runtuh yang menyebabkan kerosakan yang agak teruk iaitu 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Lebih malang, pada malam tadi stadium ini menjadi mangsa kemarahan penyokong pula.


Pintu masuk utama di stadium berkenaan pecah, sebahagian besar tempat duduk rosak manakala ambulans dilihat terbakar.

Terdapat kanak-kanak yang terkena objek yang dibaling penyokong manakala anggota polis dilihat terbaring kerana cedera di kepala.


Mereka dikatakan bertindak demikian sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII, yang tidak memihak kepada tuan rumah.

Pada pertemuan itu, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII menang 3-2 hasil jaringan Paulo Rangel pada m21 dan m45 dan Norshahrul Idlan Talaha di m59.

Tapi, tiga jaringan itu yang ditambah bekalan satu gol pada pertemuan pertama di Singapura, masih belum cukup membawa Terenggenu ke perlawanan akhir.

Difahamkan, insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan Mohd Amirul Izwan Yaacob dari Perak.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.


Sehingga 12.30 tengah malam tadi, kumpulan media yang membuat liputan masih terperangkap dalam kawasan stadium.

Selain itu, sekurang-kurangnya 500 penyokong tempatan dikatakan melontar batu ke arah anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Pada 1.10 pagi, anggota FRU terpaksa melepaskan tembakan asap apabila penyokong semakin agresif dengan membaling batu dan mercun.

Anggota FRU turut mengeluarkan arahan untuk bersurai menyebabkan penyokong beredar meninggalkan stadium.

Namun, masih ada yang berdegil dan mencabar pihak berkuasa dengan mengejak dan mempamerkan isyarat lucah.
KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA FA 2015

BERIKUT keputusan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2015, malam ini:

Kelantan 3 Pahang 1
(Kelantan layak ke final dengan agregat 3-2)
Terengganu 3 Lions XII 2

(Kedua-dua pasukan terikat agregat 4-4. Lions XII layak ke final berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.)



Tiada ulasan: