Isnin, 18 Mei 2015

Arsenal sekat impian Man Utd, De Gea tinggalkan pasukan?

Arsenal sekat impian Man Utd, De Gea tinggalkan pasukan?
Penjaga gol David ge Gea mengangkat tangan ke arah penonton setelah tempatnya digantikan ketika perlawanan antara Manchester United dan Arsenal. -AP Photo / Jon Super



KUALA LUMPUR: Jaringan gol sendiri oleh Tyler Blackkett  menjejaskan harapan  Manchester United untuk layak secara automatik ke saingan  Liga Juara-juara Eropah pada Ahad setelah Arsenal mengikat keputusan 1-1 dalam Liga Perdana Inggeris.

Beraksi di Old Trafford, tuan rumah berjaya mendahului apabila Ashley Young melepasi halangan Ander Herrera untuk menjaringkan gol pembukaan, namun Arsenal memperoleh gol penyamaan pada minit ke-82 apabila sepakan Theo Walcott terkena Blackett sekali gus melepasi jangkauan  penjaga gol Victor Valdes.

Hasilnya, Arsenal berjarak dua mata di atas United dan berada di tempat ketiga liga.

Finalis Piala FA itu juga layak untuk bersaing di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Kekalahan Liverpool 3-1 kepada Crystal Palace pada Sabtu bermakna United sudah menjamin sekurang-kurangnya satu tempat untuk perlawanan Play Off  Liga Juara-Juara.

Ia yang merupakan sasaran minimum apabila Louis van Gaal mengambil jawatannya sebagai pengurus pada tahun lepas.

Tetapi lebih menarik perhatian adalah masa depan penjaga gol David de Gea, yang banyak dikaitkan dengan Real Madrid dan mungkin telah membuat penampilan terakhirnya selepas dipaksa keluar oleh kecederaan pada masa separuh kedua.

Tiada ulasan: