Jumaat, 28 November 2014

JKKN Mahu Program PERMATA Seni Remaja Diiktiraf Pada Peringkat Sijil

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mahu mendapatkan pengiktirafan pringkat sijil bagi Program PERMATA Seni Remaja daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Pengerusi Jawatankuasa Projek Perintis PERMATA Negara, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod berkata ia bertujuan agar bakat yang telah digilap khususnya dalam bidang koir, tarian dan muzik tidak disia-siakan.
“Ini bermakna bakat-bakat yang telah kita gilap apabila mereka belajar hingga Tingkatan Lima, mereka akan mendapat kemahiran yang diiktiraf KPM.
“Kita (Jawatankuasa Projek Perintis PERMATA Negara) akan berbincang dengan pihak universiti supaya mereka dapat terus memasuki universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni tari, muzik dan nyanyian,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kem PERMATA Seni Tari dan Koir di sini Jumaat malam.
Beliau berkata usaha itu bagi bagi membolehkan remaja yang terlibat dengan program tersebut mendapat ijazah dan menambah JKKN kini masih dalam proses perundingan bersama KPM untuk mendapat pengiktirafan berkenaan.
Program PERMATA Seni Remaja itu diilhamkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program tersebut.
Ia terbahagi kepada tiga cabang seni iaitu PERMATA Seni Koir dan PERMATA Seni Tari yang diselaraskan JKKN manakala PERMATA Seni Muzik diselaraskan Istana Budaya.
Program ini merupakan platform kepada kanak-kanak di Malaysia untuk mengasah dan menyerlahkan bakat semula jadi mereka sebagai generasi pelapis khususnya dalam bidang koir dan tarian.
Sementara itu Siti Aizah berkata JKKN bersama Jabatan Perdana Menteri sedang berusaha untuk mendapatkan kawasan bagi cadangan membina pusat latihan PERMATA Seni Remaja.
Seramai 169 orang menyertai Kem PERMATA Seni yang bertujuan menggilap bakat serta meningkatkan kamahiran mereka dalam bidang nyanyian, koir dan tarian.
Ia bermula dari 22 hingga 29 Nov.

(JOKOWI MAHU KARAMKAN KAPAL MALAYSIA) Thailand Tahan Lanun Warga Indonesia, Rampas Minyak Sawit

Sabtu, 27 September 2014

DAKWAH

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Jumaat, 26 September 2014

Pengutip botol berhati mulia

Dia hanya bekerja mengutip barangan kitar semula untuk menyara kehidupan, namun warga emas ini mempunyai hati yang mulia apabila sanggup mendermakan wang simpanan RM10,000 hasil titik peluhnya itu kepada Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang dekat Triang, di sini. Warga emas berkenaan, Tan Ah Moi, 71, mengambil masa selama enam tahun untuk mengumpul wang sebanyak itu hasil menjual kotak, kertas, tin, botol dan plastik yang dikutip dari kedai dan pasar raya di sekitar bandar Kuantan.

Sikap dermawan ditunjukkan Tan membuktikan wang bukan segalanya dan warga emas itu kini menemui kebahagiaan hidup apabila memutuskan untuk tinggal di rumah kebajikan berkenaan bagi membantu penghuninya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Proton Iriz akhirnya tiba