Rabu, 26 November 2014

PR Kecoh Tukar Nama Jalan, Ramai Cadang Lorong Haji Taib DITUKAR kepada LORONG KETUM demi memuaskan Hati PR



Sebelum ini dilaporkan Lapan jalan di ibu negara, antaranya, Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuh Raya Mahameru ditukar nama-nama sempena Yang di-Pertuan Agong Malaysia mulai hari ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-raja. 

Namun puak-puak yang tidak reti menghormati Sultan dan Agong terus menyalak menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan. 


Adakah mereka juga akan menyalak sedemikian jika nama jalan tersebut ditukar kepada Jalan Lim Kit Siang, Jalan Lim Guan Eng, Jalan Cheng Peng?


Anggota parlimen Segambut daripada DAP, Lip Lim Eng antara yang menentangnya dan menuntut kerajaan menjalankan referendum terlebih dahulu.

Beliau juga meminta agar nama Agong digunakan untuk jalan baru, bukan yang sedia ada.

Demi memuaskan kehendak puak penyokong peliwat, maka ramai yang mencadangkan agar nama Lorong Haji Taib ditukar kepada Lorong KETUM yang merupakan singkatan  kepada Ketua Umum PKR.
  • Nama jalan dipertikai, KJ seru Pemuda bangkit


  • Marah dengan tindakan puak-puak pemimpin PR dan penyokong mereka mempertikaikan penamaan semula lapan jalan di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyeru perwakilan Pemuda agar "bangkit mempertahankan agama, bangsa dan negara".

    Menurut KJ, media sosial Twitter dipenuhi lambakan individu yang mempertikaikan jasa bekas-bekas Yang di-Pertuan Agong kepada negara yang kini diabadikan pada nama jalan di Kuala Lumpur.

    Sedangkan katanya, kerajaan Pulau Pinang boleh pula menamakan jalan di Pulau Pinang sempena nama mendiang Karpal Singh.

    "Kenapa tak kecoh jalan di Pulau Pinang dinamakan Jalan Karpal Singh? Tak ada siapa pun yang bising," katanya.

    "(Mereka tanya) apakah sumbangan Yang di-pertuan Agong kepada negara? (Mereka kata) sekurang-kurangnya Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa.

    Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC petang ini, Khairy berkata media sosial hari ini turut dipenuhi dengan respons kurang menyenangkan terhadap ucapannya pagi tadi.

    Ada yang berani mengakui mereka tidak terikat dengan kontrak sosial malah ada juga yang menyifatkan hak istimewa orang Melayu sebagai 'sejarah' semata-mata, kata Khairy.

    Menurut Khairy, ia berlaku kerana sebahagian media sengaja menggambarkan ucapan beliau bersifat perkauman.

    Sedangkan jelasnya, 16 halaman daripada ucapannya menyentuh tentang peremajaan semula Umno sebagai sebuah parti.

    "Yang dilaporkan adalah tanggapan, gambaran bahawa kita adalah parti yang rasis. Kononnya kita mereka segala-galanya.

    "Saya nak beritahu tuan-tuan inilah buktinya sekiranya kita tak bangkit di benteng hadapan - negara, bangsa dan agama kita akan diperlekehkan," laung Khairy penuh bersemangat disambut tepukan berdiri daripada perwakilan.

Tiada ulasan: