Ini adalah maklumat tentang Hukum Hudud...
Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al
Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan
jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau
mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung
kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut
sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali
kepada peminum arak, hukuman rejam
sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali
kepada penzina yang belum kahwin, dll.
Hukum Ta'zir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan
kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan
hakim untuk menetapkannya. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan
kesalahan yang dilakukan. Contoh-contoh hukum ta'zir ialah diarak keliling
bandar dengan diconteng mukanya, dipenjarakan, dipamerkan dengan diikat di
tiang tempat orang lalu lalang umum, didenda duit atau disuruh buat kerja berat, dsb.nya
Manakala hukuman qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka,
dsb.nya. Walaubagaimanapun, pemberian maaf oleh pihak yang dizalimi boleh
diterima mahkamah dalam perkara ini.
Demikianlah erti hukum jenayah Islam itu, bahkan kesalahan-kesalahan yang
sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan
hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes.
Akhir kata..
Sebenarnya ada DUA tujuan besar Allah SWT turunkan hudud ini.
* Pertama, sebagai hukuman ‘alternatif’ atau pilihan kepada manusia. Samada
nak dihukum di dunia lagi, atau nak dihukum di dalam neraka bersama ular naga
dan kala jengking!
* Kedua, sebagai pendidikan terakhir kepada ‘orang2 yang tak makan di ajar’
untuk dibaiki akhlak mereka oleh ALLAH sendiri, selepas semua ikhtiar manusia
untuk jadikan mereka ‘hamba Allah yang sebenar’ tidak berhasil.
Maka, untuk mendapat itu semua, kefahaman tentang iman dan Islam itu perlu
didahului, disemai dan disubur selalu oleh para2 ulamak yang bijaksana.
inilah Rekod jenayah yang terkini di MALAYSIA :
Setahu saya sistem hukuman di negara Malaysia sudah ikut hukum hudud. Cuma Sebilangan orang berpendapat lain. Memanglah mencuri kena potong tangan, tapi kita kena ikut pada kesalahannya. Jangan suka hati hukum orang, sebenarnya dia tak bersalah. Apa lagi PAS mahukan? ada lg yang x cukup ttg pemerintahan KERAJAAN BN... semuanya janji ditepati......
inilah Rekod jenayah yang terkini di MALAYSIA :
Setahu saya sistem hukuman di negara Malaysia sudah ikut hukum hudud. Cuma Sebilangan orang berpendapat lain. Memanglah mencuri kena potong tangan, tapi kita kena ikut pada kesalahannya. Jangan suka hati hukum orang, sebenarnya dia tak bersalah. Apa lagi PAS mahukan? ada lg yang x cukup ttg pemerintahan KERAJAAN BN... semuanya janji ditepati......